Okay hari ini saya nak kongsi dengan korang korang semua tentang kehidupan saya yang sekarang yang sedang menjalani praktikal. haaa banyak nak kongsi ni hehehe
okay okay jom start sekarang ye. tak sabar nak celoteh ni hehe :D Gini, biasalah bagi pelajar degree business di tahun akhir kan ada latihan industri yang kita semua kena jalani,kos lain pun ada jugak kan? Jadi dengan itu waktu saya di semester 5, saya pun bertungkus lumus lah carik tempat praktikal dan jumpa 1 di Petaling Jaya, syarikat teknologi, bosnya orang cina, lepas semua interview dia offer lah saya praktikal disitu. Dan bermula pada 29 Julai 2013 saya pun siap pagi pagi lepas subuh dah gerak sebab jauh jugak dan redah traffic jam kan? sampai sana tepat tepat 8.00 pagi. Ayah yang hantar waktu tuh. Nervous nya tahap memang tak usah ditanya lah kan hehe sampai berpeluh sampai sakit perut lah cerita dia.
Dah sampai tunggu 5 minit sat lepas tuh terus naik atas office, dah naik semua pandang macam pelik tak kurang jugak sengih sengih. biasalah semua lebih tua dari kita, kita ni pulak dah lah kecik orang selalu fikir budak sekolah hahaha lepas person in charge bagi kita punya punch card semua kita diletakkan di bahagian "Sales Management", okay not bad office dia memang cantik dan best. merah putih and hitam konsep dia.
Lepas tuh bermula kerjaku, tugasan pertama saya kena susun semua brochure brochure yang sepah tahap tak ingat. letih bak hang nak susun semua tuh. ouh lupa nak cerita, department saya kongsi dengan department design, so ada lah abang ni dah kahwin dah pun tersengih sengih kat saya sampai officemate saya kata ke dia 'amboi abang P, dekat budak baru kemain senyum sampai ke telinga kat kita tak nak senyum pulak' haha memang kelakar lah kan dia sorang je lelaki kat situ yang lain semua perempuan. Balik pada cerita kita, pas dah susun tuh saya diberi satu buku yellow pages. satu buku okay bayangkan ketebalan dia? dah tuh dia suruh carik random number dan call tanya dorang nak servis dari company tuh tak. memang sakit jugak hati dan stress yang teramat sebab saya kena achieve berapa tah. menangis jugak saya sampai saya buat satu keputusan haaaa....
Nak tau apa keputusannya? okay kita tunggu episode 2 pulak hehe jeng jeng jeng
*Ni bukan cerita tipu tau ni cerita betul betul berlaku kat diri kita, kita kongsi pengalaman ni dengan anda semua hehe*
Tunggu ye next episode hehehe
With love,
FatinaMdzfr
Hi Fatina.. datang singgah blog. Follow dan etc etc.. Jump terus ke entri awak yang ni sebab nampak tajuk BM.. Selalu nampak awak tulis in English.. Ni your first entri? Hehe.. comel lah.
ReplyDelete