Lama kan Fatin tak coret apa-apa kat sini? Sebenarnya ada banyak nak kongsi dengan kalian semua tapi semua save dalam draft dan cuma rajin nak post dan masuk 'Giveaway/Contest' je heee Teruk betul perangai pemalas Fatin ni kan? Okay hari ini, Fatin nak kongsi dengan kalian semua yang mana nak amik ujian kereta atau dalam erti kata lain, Ujian JPJ yang buat semua orang berdebar. Alhamdulillah Fatin dah pun tamat P tahun lepas, jadi nak kongsi lah dengan kalian semua tips untuk lulus. Jom kita mulakan?
Tips untuk lulus ujian memandu di Litar atau Ujian Bahagian Dua. Dalam litar ni seperti yang sedia maklum, ada 3 bahagian iaitu Bukit, Parking dan juga 3 Penjuru.
a. Bukit
- Sebelum nak naik ke bukit, tunggu pihak JPJ panggil dahulu.
- Bila dipanggil naik, masuk gear 1, pandu perlahan dan tekan sedikit minyak sehingga cecah garisan kuning lebih kurang 50%.
- Tekan clutch dan brek. Lihat di luar samaada tayar kereta cecah 50% atau tidak line kuning tersebut.
- Jika berpuas hati, maka tarik handbrek dan angkat tangan.
* Kalau tidak berpuas hati seperti tayar kereta anda melebihi 50%, jangan angkat tangan, sebaliknya undur sedikit atau boleh buat sekali lagi dengan syarat tidak angkat tangan lagi, kalau tak anda sudah dikira fail *
- Lepas itu, untuk turun dari bukit, masuk gear 1, tekan minyak sehingga mencapai 3, angkat sediki demi sedikit clutch sehingga kereta anda terasa kedepan dan tambah minyak lagi, terus turunkan handbrek dan kereta anda sendiri akan bergerak ke depan.
* Jikalau waktu hendak turun bukit tuh, kalau ikut JPJ bertugas waktu itu, mati enjin tiada masalah, start balik enjin dan lakukan sekali lagi, tapi ia akan jadi masalah sekiranya kereta anda tergelongsor kebelakang, maka anda sudah dikira gagal. dan ujian ini dalam masa 3 minit. *
b. Parking
- Untuk parking pulak, ini paling simple dan senang untuk lulus. Sampai di tempat parking tuh, kalau terlebih, Masukkan gear 'reverse', undur kereta sehingga nampak divider/batu hitam putih tuh disebelah kiri anda, kalau boleh bak kata instructor Fatin tuh, biar 'divider' tuh selari dengan bahu kita.
- Pusing kiri dua kali stereng kereta anda, dan undur kereta anda, pastikan jaga clutch anda, jangan terlalu laju sangat undur.
- Pusing kanan dua kali stereng anda, dan undur sehingga tayar belakang kanan anda cecah garisan putih. *Anda boleh tundukkan side mirror anda sedikit untuk tengok tayar anda cecah line putih*
- Pusing kanan sampai habis dan undur sedikit jangan sampai langgar divider belakang.
- Pusing kiri sampai habis dan masukkan gear satu, kedepan sedikit kereta anda dan tengok di luar samaada kereta anda sudah masuk kedalam kotak parking.
- Apabila puas hati, angkat tangan.
- Tak perlu pusing kan stereng anda lagi, sebaliknya, masuk gear 'reverse', undurkan sedikit kereta anda.
- Pusingkan stereng kereta anda kekanan sampai habis, masuk gear satu dan keluar dari kotak parking tersebut.
* Kalau yang ni mati enjin banyak kali tiada masalah, start dan lakukan dengan cepat dalam masa 5 minit sahaja. *
c. 3 Penjuru
- Pandu kereta anda dengan perlahan dan pusingkan stereng kereta anda kekanan untuk memasuki kotak 3 penjuru dan berhenti.
- Pusingkan stereng kereta anda ke kiri sampai habis dan undur keluar dari kotak tersebut.
- Selepas keluar dari kotak itu, pusingkan stereng kereta anda ke kanan dua kali dan masuk gear satu dan jalan keluar.
* Yang ni hanya mengambil masa 3 minit dengan 3 kali pergerakkan sahaja. Yang bermakna anda gerak masuk - dikira sekali, masuk ke dalam kotak - dikira sekali dan undur kebelakang - sekali. Andai enjin kereta anda mati dan waktu nak start balik enjin kereta anda dan kereta anda tergerak kedepan sedikit, dikira gagal. Jadi pastikan hanya 3 kali pergerakkan dan tidak mati enjin. *
"Ingat ujian dalam litar ini, kalau ujian Bukit anda gagal, anda tidak boleh teruskan melakukan ujian yang lain, anda terpaksa mengulanginya di lain hari."
Tips memandu di jalan raya
- Pastikan waktu anda masuk je dalam kereta, setelah serahkan borang pada JPJ tersebut. Sila lakukan ini mengikut turutan - Betulkan kerusi, tengok/betulkan ketiga-tiga cermin, pakai seatbelt, cek signal kereta serta wiper dan akhir sekali cek gear kereta berada didalam keadaan neutral.
- Masuk gear 1 dan mulakan perjalanan anda.
" Pastikan anda menukar gear dengan betul, kalau mati enjin, cepat-cepat hidupkannya kembali."
* Apabila anda mendapat lesen P anda, tengok tarikh tamat, sekiranya anda tidak menukar lesen anda ke lesen penuh dalam masa kurang dari setahun, anda terpaksa menduduki kembali ujian 2 dan ujian 3 iaitu ujian litar dan jalan raya. *
Sekian, sahaja tips-tips ujian lulus JPJ dari saya. =) Selamat berjaya pada mereka yang akan mengambil ujian kereta, apa yang penting berdoa dan berusahalah bersungguh-sungguh. =)
Love,
FatinaMdzfr
Thanks K.Fatina! Sangat-sangat memerlukan tips ni,hehe.
ReplyDeleteSama-sama adik. selamat maju jaya! :D
Delete