Hari ni kita nak kongsi dengan korang satu lagi novel seram dari Fixi. Nak tau tentang apa? Jom, Fatin ulaskan sendikit :D
Tajuk : Asrama
Penulis : Muhammad Fatrim
Penerbit : Buku Fixi
Bil. Muka Surat : 287
Genre : Horror
Source: Owned by me
Sinopsis
"Dahlia, hati-hati dengan Asrama ni." Maria tiba-tiba merendahkan suaranya sambil menatap roman Dahlia.
"Kalau takat kau nak ingatkan aku pasal geng Queen yang macam syaitan tu, tak payah la. "Dahlia kurang senang dengan amaran Maria itu.
"Tak, maksud aku..."
Belum sempat Maria menghabiskan ayatnya, Dahlia meningkah. "Kau tengok aje nanti. Lambat ke, cepat ke, akan ada orang yang membalas perbuatan dorang semua tu nanti!" Dahlia bersuara dengan geram.
My Review
Sebelum Fatin beli ni, Fatin baca tengok kat Goodreads dulu kan, best ke tidak, tengok ramai yang bagi rating bagus, makanya Fatin decide untuk beli. Novel yang ni pun tak kurang hebat seram dia. Bila beli nak habiskan ni pun ambil masa 3 hari juga pasal takut nak baca malam-malam. Karang tak boleh nak tidur satu hal pula nanti. hahaha
Buku ni tentang Dahlia yang bersekolah di sekolah yang cemerlang, akan tetapi dia request untuk bersekolah di sekolah asrama yang biasa-biasa sahaja. Hari pertama, Dahlia ni masuk ke asrama sekolah tuh, dia dikejutkan dengan bangkai anak kucing yang berulat di dalam loker biliknya. Apabila hampir malam, baru kelihatan, rakan-rakan sebiliknya iaitu Lena, Farah dan May. Selepas itu, banyak lagi kejadian-kejadian pelik mula berlaku pada Dahlia.
Eh lepas tu, apa jadi? Agaknya apa jadi pada Dahlia? Nak tahu kisah selanjutnya, kenalah beli novel fixi ni! Fatin tak nak lah bagi spoiler banyak -banyak, tak syoklah korang baca nanti kan! Haaaaa, gituuu kau. Cerita banyak plot twist dia, makanya, novel Asrama ni tidak akan menghampakan anda langsung. Siapa duduk Asrama pasti ada cerita-cerita seram macam ni kan? Fatin dulu pun ada. Tapi tak naklah cerita nanti korang takut pulak.
Rating : ★★★★☆
Tadaaaa..nanti Fatin buat review lagi, okay? Tunggguuuuuu. :*
Love,
FatinaMdzfr
ahhh macam best je. nak baca T.T
ReplyDeletebest claudy! nanti balik Malaysia, beli :D hihi
Deleteterpaksa lah tunggu berbulan2 xD
Deleteala....baru eksited nak tahu apa jadi...huhuhu
ReplyDeletehehe sofie kena beli lah gini hihi :D
DeleteDah baca buku niiih . menakutkan .. Tp best !
ReplyDeletekan kan scary tapi best sangat! :D
DeleteBV dah baca. dah pernah buat review jugak ngan spoiler. hahahhaha
ReplyDeletememang taksangka jugak ending dia :D
cerita dia banyak plot twist kan tapi puas hati baca sebab seronok campur seram siap hehe
DeleteMacam best je cita ni... Ni sesuai kalo baca malam2 kat asrama.. hihihi
ReplyDeletememang best...sesuai sangat tapi takut tak boleh tidur pulak nati hehe
Deletelama dh xbc buku cmni..huhu
ReplyDeletebacalah, boleh release tension sikit :)
Deletewahhh macam best je
ReplyDeletebest best :)
DeleteSy peminat fixi, dh lama tak beli koleksi fixi..kwn2 Dahlia sbnarnya dah...ok rahsia :D
ReplyDeletesamalah kita...kita suka fixi tapi lama sangat tak beli..kena beli lagi lepas ni :)
Deletehihi rahsia rahsia :p
Okay nnt dicuba baca. hehehe. May I recommend Jangan Baca Buku Ini the trilogy? Ke da baca. hehehe.
ReplyDeletebaca tau nanti :) Jangan baca buku ini? Heard that before...best tak? belum baca lagi :)
DeleteCuba baca buku Arif Adly pulak, dia hebat!
ReplyDeleteWhat do you think of how the writer's writing style? I'm always curious about that.
ReplyDelete