SAPS IBUBAPA - Sistem Untuk Menyemak Keputusan Peperiksaan Anak-Anak

Kalau dulu zaman sekolah kita dulu bila dapat kertas peperiksaan je tak kira lah ujian bulanan, ujian pertengahan tahun dan akhir tahun pasti kertas peperiksaan itu disorok jauh-jauh kalau boleh kertas tu dilipat kecik-kecik dan selitlah kata mana-mana buku kan. Kenapa buat macam tu? Sebab tak nak mak ayah kita tengok. Fatina lah salah sorang yang buat macam tu hihihi

Tapi zaman sekarang ni dah maju tau! Memang tak akan dapat sorok punya. Sebab sekarang ni ada satu sistem online yang membolehkan para ibubapa menyemak keputusan anak-anak mereka. Fatina belum kahwin lagi tapi Fatina telah dilantik oleh Mama dan Babah Fatina untuk membantu mereka menyemak keputusan peperiksaan adik bongsu Fatina, lagi lagi tahun depan dia nak SPM dah..

Haa sistem online apa yang Fatina maksudkan ni? Sisterm itu adalah Sistem SAPS IBUBAPA yang akan membantu semua ibubapa dengan lebih mudah untuk menyemak keputusan peperiksaan anak-anak mereka.

SAPS IBU BAPA

Sistem online yang diperkenalkan kepada ibubapa ini adalah Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah atau lebih ringkasnya adalah SAPS. SAPS ini dibangunkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan ianya sangatlah efektif dalam menyemak keputusan peperiksaan anak-anak untuk ibubapa, guru-guru dan murid-murid. Sistem sangat mudah untuk diakses melalui secara online.


SAPS NKRA

Untuk SAPS NKRA ini pula ada lah untuk semakan Ibu Bapa yang merupakan satu sistem menyimpan data pelajar yang telah diasaskan oleh yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhiddin Yassin. NKRA adalah singkatan kepada National Key Result Areas (Bidang Keberhasilan Utama Negara) yang dicipta bagi kegunaan ibubapa, guru-guru dan juga setiausaha peperiksaan (SUP). Dengan adanya sistem NKRA ini mutu pendidikan akan lebih sistematik.

Dengan adanya sistem ini akan memberi banyak kebaikan kepada para ibubapa, guru-guru dan murid-murid dalam menyemak dan membuat analisis keputusan peperiksaan anak-anak mereka selain daripada itu, mereka akan dapat mengetahui dan dalam masa yang sama dapat membantu anak-anak mereka dalam mengambil langkah awal untuk bersama meningkatkan keputusan anak-anak mereka untuk subjek-subjek yang mereka tidak fahami.

Cara untuk menggunakan SAPS IBUBAPA ini sangatlah mudah. Langkahnya adalah seperti berikut:


Pertama sekali anda haruslah klik pada pautan ini - SAPS akan muncul seperti gambar dibawah.

laman
Langkah kedua. Anda hanya perlu masukkan no sijil lahir (bagi yang Sekolah Rendah) dan/atau kad pengenalan (bagi yang Sekolah Menengah). Pastikan anda tulis nombor yang betul.

Seterusnya, anda harus masukkan maklumat untuk carian sekolah. Pilih Negeri dan cari nama Sekolah anak anda. 

Dan akhir sekali, pilih tahun dan jenis peperiksaan yang ingin anda semak. Apabila selesai semuanya akan keluar paparan seperti dibawah ini.

SAPS IBU BAPA


Di dalam slip peperiksaan ini akan terpapar nama sekolah anak anda dan maklumat anak andaSelain ituakan menunjukkan senarai mata pelajaran yang diambil oleh anak-anak anda berserta markah dan gred yang mereka perolehiIbuBapa juga boleh lihat kedudukan dalam kelas serta kedudukan dalam tingkatanbilangan kehadiran anak andajumlah markah, pencapaian gred keseluruhanberapa peratus mereka perolehgred purata pelajar dan keputusan akhir mereka sama ada Lulus atau Gagal. 

Sistem SAPS IbuBapa ini sangat mudah untuk membuat semakan, bukan? 

Anda hanya perlu akses sistem ini secara online dengan syarat perlu adanya line internet dengan itu, dimana-mana sahaja anda berada dan pada bila-bila masa sahaja anda boleh membuat semakan keputusan peperiksaan anak-anak anda. Dengan syarat, peperiksaan itu sudah pun berlangsung baru anda boleh lihat papar keputusan yang diperoleh oleh anak-anak. Bila adanya semakan online ini akan dapat membantu para IbuBapa yang tidak berkesempatan untuk pergi ke perjumpaan IbuBapa untuk mengambil report card anak-anak disebabkan sibuk kerja dan sebagainya.


Untuk info lebih lanjut, anda boleh ke laman ini - www.sapsibubapa.co


2 comments

  1. I'm one of those whom always hid the exam papers..! ahaha.. It's good how technology is being use in a good way but somehow I'm thankful that it didn't exists during our days..🤣

    ReplyDelete
  2. it is! Our days was safe without this new advance technology where parents can just check our result online. That's terrifying tho. Thank goodness for our days because we could at least hide our exam papers :D

    ReplyDelete