Selamat Hari Pekerja 1 Mei 2018 - Apa Plan Korang Hari Ni?

Hi semua,

Selain daripada post review, Fatina rasa lama sangat tak menulis dan berborak-borak diblog Fatina ni. Dengan cuaca yang baik hari ni, Fatina rasa nak menulis menggunakan bahasa ibunda kita diblog ni hari ni & menulis secara santai-santai je.

Tapi sebelum tu,

theinfinitywords


SELAMAT HARI BURUH / SELAMAT HARI PEKERJA
1 MEI 2018

Sejak-sejak dah dewasa, bekerja ni, nikmat bercuti tersangatlah harus digunakan sepenuhnya. Haa gitu. Yela, bekerja 8 jam sehari, balik rumah dah malam lepas tu makan, belek-belek social media kejap terus tidur, betul tak? Rutin seharian kan. Tapi apapun, marilah nikmati cuti kita hari ini!!

Jadi,

Apa rancangan korang semua hari ni? Lepak dekat rumah? Baca buku? Shopping? Apa jua aktiviti korang, semoga korang semua enjoy, okay!

Fatina plan nak lepak dekat rumah and sambung membaca lah kan. Ingat nak tengok wayang tapi memang full lah hari ni. Baru plan nak tengok Avengers tau! Korang dah tengok ke? Macam mana best tak??


theinfinitywords

Psstt: korang tau tak cerita 13 Jam A380 karya Evelyn Rose nak buat drama nanti? Dengar cerita Zul Arifin akan pegang watak jadi Syed Haydar!! okay serius excited sangat nak tunggu dramanya. Siapa lah agaknya yang akan pegang watak heroin dia kan? Marilah kita bersama menunggunya! Sebelum tu, Fatina nak baca balik lah novel 13 Jam A380 ni.

Panjang pulak bebelnya kan. Jadi, Fatina berhenti dulu nak membaca ni.

Enjoy your holiday! ðŸŽ†ðŸ˜˜

10 comments

  1. Happy holiday Fatina :)
    sy just duduk2 d rumah saja tulis blog haha

    ReplyDelete
  2. I'm not doing anything special. Wasting my time surfing the internet instead of writing lol.

    ReplyDelete
  3. Enjoy your holiday. Harini ciksue lepak di rumah je.

    ReplyDelete
  4. plan tidur jer
    haha
    http://www.hanshanis.com

    ReplyDelete
  5. mesti best drama 13 Jam A380 ni nanti.. tak sabar nak tengok

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  6. Procrastinating our time is what we always good at, right?

    ReplyDelete
  7. hahaha betul la tu cuti cuti ni syok tidur hehe

    ReplyDelete