Kalau sebelum ni Fatina memang jarang gila nak bermake up ni semua. Lebih senang keluar rumah dengan hanya menepekkan moisturizer je lepas tuh boleh keluar terus. Tetapi sekarang ni dengan penggunaan foundation, lipstik yang berwarna gelap adakalanya letaklah juga eyeshadow kat mata dah menjadi satu rutin untuk diri sendiri. Yela nak pergi kerja mesti kena berwarna sikit muka tuh bak kata mama Fatina hehe
Bersolek, solek juga tapi bila tiba masa nak kena tanggalkan make up tu kadang-kadang susah. 2 3 kali juga lah nak gosok keluarkan dia lebih-lebih lagi pada lipstik yang Fatina pakai. Argh stress tau. Sebab yang kali ni lipstik Fatina pakai memang susah sikit nak padam. Pekat yang amat walaupun dah cuba tone down kan dia.
Jadinya, hari itu, bila Fatina tau kewujudan Premium Wet Tissue dari Imaan World ni memang terus nak cuba lah. Sebelum Fatina bagi pendapat tentangnya, jom kita tengok apa kebaikan Premium Wet Tissue dari Imaan World ni. Jom!
Kelebihan Premium Wet Tissue
➧ Sangat sesuai untuk kulit kering dan sensitif
➧ Berfungsi untuk membersihkan solekan - Semestinya!
➧ Ianya membantu dalam membersihkan kulit serta melembapkannya
➧ Mempunyai khasiat Argan Oil, Aloe Vera dan Vitamin E untuk melembapkan dan melindungi kulit muka
➧ Dengan hanya sehelai wet tissue ianya cukup untuk menanggalkan keseluruhan makeup di muka. Permukaan honeycomb di tisu, menggandakan kuasa menanggal makeup walaupun ianya waterproof
My Thoughts
⇨ Saya sangat berpuas hati selepas mencuba premium wet tissue ini. Serius Fatina cakap memang ianya sangat memuaskan hati Fatina. Ianya dapat menanggalkan makeup di muka, ia juga mudah dibawa untuk digunakan dan boleh bawak pergi mana-mana je. Jadi, tak payah nak risau bila nak menunaikan solat fardhu luar dari kawasan rumah nak kena pergi toilet dulu untuk padamkan make up di muka (Fatina lah tuh! 😅). Boleh tengok video dibawah ini;
P/S: Dalam video ni, Fatina tak pakai foundation cuma pakai compact powder dan lipstik sahaja. :)
Untuk maklumat lanjut, boleh tekan link dibawah ini;
Website: Imaan Suci Wipes
Instagram: Imaan Suci World HQ
Facebook: Imaan Suci World HQ
OMG FAtina’s writing in Malay 😍
ReplyDeleteTerasa Fatina guna bahasa baku pulak hehe
ReplyDelete