The Maze Runner Book Series: The Kill Order

Hi!

the maze runner: the kill order


Siapa dekat sini peminat The Maze Runner? Pernah tengok cerita dia tak? Alah, pelakon yang handsome tuh, Dylan O'Brien sebagai Thomas, Ki Hong Lee sebagai Minho dengan Thomas Brodie-Sangster sebagai Newt. Hah! Ingat dah tak? Cerita tuh lah. Tapi sekarang kita bukan nak cerita pasal filem dia, kita nak kongsi dengan korang semua pasal buku dia sekuel yang keempat iaitu The Kill Order.




the maze runner: the kill order

Ini lah dia buku sekuel The Maze Runner yang keempat - The Kill Order. Tapi kita tak habis baca lagi. Jadi, kita akan kongsi dengan korang sampai apa yang kita dah baca tau. :)

Series buku yang keempat kali ni, dorang akan kembali kepada 13 tahun sebelum adanya WICKED, sebelum adanya pembinaan The Glade, sebelum Thomas masuk The Maze. Makanya, watak - watak kali ni berlainan daripada yang sebelum ni. Dalam cerita kali ni ada Mark dan Trina yang terselamat daripada serangan solar flares dan virus. Kiranya dorang ni antara yang terselamat daripada serangan tersebut. Waktu dorang menyorok di sebuah base camp ni, ada satu pesawat datang yang mana semua orang yang berada di base camp tuh ingatkan pesawat ni pasukan penyelamat tapi malangnya bukan, yang lebih teruk lagi mereka dibanjiri dengan anak panah daripada pesawat tersebut. Mark dan Trina ni sempat melarikan diri.

Sampai situ jelah pemahaman kita untuk buku ni sebab belum habis baca lagi. Permulaan cerita ni sebenarnya agak perlahan dan bosan sedikit. Harapnya selepas ni makin seronoklah nak bacakan. Kita kecewa jugak sebenarnya sebab ingatkan sambungan dari 3 series buku yang awal tapi bukan. Dahlah yang kes Thomas, Teresa dengan kawan-kawan dorang yang lain macam belum selesai lagi. Sebab tuh agaknya kita nak habiskan baca buku ni agak lambat sikit, selalunya dalam 2 hari dah habis baca dah tapi ni nak dekat 2 minggu jugaklah tak habis jugak bacanya. Tapi apa-apa pun mari lah kita enjoy membacanya! :)

Love,
FatinaMdzfr

1 comment

  1. great review! I stopped at book 2 when I realized the movies do not follow the book :D

    ReplyDelete