Tips: Tentang Thesis

Hi!

Harini nak kongsi dengan korang semua tentang thesis yang kita buat sewaktu di zaman degree kita dulu. Walaupun dah lama tapi kita nak kongsi jugaklah. :) Bagitahu awal-awal ni, post kali ni agak panjang tau! Harapnya, korang tak bosan membacanya! :D

P




Thesis? Apa itu thesis? Thesis is a long essay or dissertation involving personal research, written by a candidate for a college degree. Thesis saya yang harus dibuat kurang dari 4 bulan. Ada sesetengah kos (course), mereka diberi masa yang lama untuk buat thesis, yang mana ada diantaranya yang mula sejak dari semester awal degree dan ada yang buat sewaktu semester 5 dan kos saya harus buat dalam lebih kurang 4 bulan ketika latihan industri iaitu di semester akhir yakni semester 6. Sangat mencabar dari segi fizikal dan juga mental tau. Yela pagi pergi kerja dari jam 9 pagi - 6 petang (Isnin-Jumaat) dan Sabtu 9 pagi - 12 tengahari. Serious, memang penat lah cerita dia kan. 

Hampir setiap hari selama 6 bulan praktikal tuh, Fatin fikir, 'boleh ke aku buat Thesis ni?' 'apa yang harus aku coretkan dekat thesis ni?' 'tajuk apa yang paling sesuai ni?'. Bila tengok kawan-kawan yang lain dah ada tajuk dah siap mula Chapter One waktu tuh, memang tercabarlah diri ni. Stress memang stress. Fatin mula praktikal bulan akhir bulan Julai 2013 tapi dapat tahu Advisor semua dalam bulan Ogos 2013, selepas raya tak silap Fatin dan Fatin dapat Advisor yang paling semua orang gerun, yang paling semua orang cuak sebab beliau sangat garang dan tegas tapi Fatin gembira dapat beliau, walaupun garang, beliau baik, sangat baik, pertama kali jumpa untuk berbincang mengenai Thesis, Fatin waktu tuh sangat lah blur sebab tak tahu nak buat tajuk apa, jadi beliau yang bantu dan bagi beberapa idea untuk Fatin. 


Nak buat thesis ni mestilah kena ada tajuk kan? Macam mana nak carik tajuk? Nak buat tentang apa? Tentang tempat kerja kita ke? atau tentang apa? Fatin masa memula pun pening juga tau nak carik tajuk. Jadi, advisor tanya Fatin, tempat praktikal Fatin tuh berkenaan dengan apa? Consultation ke? Kiranya apa jenis kerja yang dibuatlah gitu. Macam Fatin, tempat praktikal Fatin tuh adalah company printing & publishing + travel agent juga. Tugas Fatin adalah buat marketing promotion, promote lah pasal company Fatin tuh, nak cari customer lah kan. Jadinya, advisor Fatin suruh carik tajuk berkaitan dengan tugas yang Fatin buat tuh. Dan jugak yang berkaitan dengan course kita. Btw, Fatin adalah pelajar Business Management major in Retail Management. :)


Jadi bila dah dapat tajuk yang sesuai, Fatin terus pergi perpustakaan dekat fakulti cari bahan-bahan yang berkaitan tapi tak jumpa, balik rumah terus cari bahan dalam internet. Banyak yang Fatin simpan article yang berkaitan, dah semangat buat waktu tuh, tapi bila nak mula je, tajuk yang Fatin dah pilih and nak buat tuh, dalam hampir lebih dari 20 kali Fatin tukar, bayangkan waktu tuh Fatin nak email dah kat Advisor Fatin cakap nak tukar tajuk lain sebab Fatin tak faham sangat tajuk tapi bila difikir-fikirkan kembali, "Ini cabaran untuk aku, jadi aku kena teruskan jugak."

Yela ikutkan memang blur gila waktu tuh tapi teruskan jugak paksa diri baca article yang Fatin jumpa dan fahamkan. Bila dah faham laju jelah buat dia kan. Idea datang mencurah-curah.Itu yang tidur pun boleh termimpi-mimpi tau sebab asyik teringat je. Make sure, baca Literature Review tuh, fahamkan betul-betul dan tulis dengan cara kita sendiri, jangan tiru bulat-bulat tuh dah jadi plagiat nanti. Ada kan software, Turnitin untuk tengok berapa peratus kita plagiat tau. Jadi, berhati-hati!

Make sure, sentiasa in contact dengan advisor kita, mana tau ada apa-apa yang salah tak ada lah teruk kena betulkan. :)

Nak buat questionnaires tuh pun boleh tahan susah jugak. Nak tengok soalan apa yang sesuai lagi kan. Questionnaires ni pun boleh tengok jugak contoh-contohnya dan ambil jadikan contoh dan bina lah soalan yang berkaitan dengan tajuk kita tau sebab nanti bila nak buat regression guna SPSS nanti takut jadi lain pulak. Fuh! 



tips: tentang thesis
*Google Images


Sebab tuh adik-adik semua, ni kakak yang kecik ni nak pesan. Walau sesusah mana sekalipun kerja kita tuh, buatlah yang terbaik. Insha Allah, kepuasan yang kita dapat dengan segala usaha yang kita berikan tuh akan dapat pulangan yang terbaik untuk diri kita. Rasa gembira sangat bila tengok thesis sendiri! Serius dik, memang gembira. :) Selamat maju jaya pada adik-adik yang akan buat thesis ni! :D You can do it, trust yourself and enjoy your degree life to the fullest! :)


Love,
FatinaMdzfr

2 comments

  1. thanks for tha tips kak. even sy masi pelajar tahun 1 dan akan melangkahke sem 3 .. tp sy dah risau fikir pasal nie haha

    ReplyDelete
  2. Your welcome adik! Hopefully, post ni bermanfaat ye..Takpe baru sem 3, enjoy belajar dulu, nak stress pasal tesis awal sangat kan :) Good luck and all the best :)

    ReplyDelete