Bibir Kering yang Teramat?!

H



Bibir kering? Siap terkopek-kopek lagi?! Siap keluar darah sikit lepas terkopek. Biasalah tangan gatal nak mengopek kan, tuh yang berdarah kau. Pedih dia tak payah kata lah, rasa nak tampar diri sendiri pun ye jugak! Hahaha Siapa yang mengalami bibir kering macam kita? Bibir kering ni boleh tahan annoying bak hang! Nak post gambar bibir kering karang, korang pun takut nak tengok, kita pun ngeri jugak nengoknya. Nah harini, cik Fatin nak share dengan korang lah produk yang ayah sayang kita belikan untuk kita ni. Jom, cekidaut!


bibir kering teramat

Tadaaaaa..ni lah produk yang kita pakai untuk kelembapan bibir yang berpanjangan. Sebenarnya lah, dah bermacam jenis produk kita cuba tapi bibir kita masih berdegil nak jugak kering kau. Degil sungguh aku pun tak faham pasaipa! ._. Lagi sedih bila pakai lipstick, warna lipstick kat bibir kita jadi tak lawa sebab terkopek-kopek walaupun dah letak lip balm. Serius, sakit gila hati kita sampai nak menangis rasa bila tengok bibir kering macam tuh. Tuh yang last sekali, abah tercinta pergi farmasi belikan produk ni. Alhamdulillah, so far bibir kita dah semakin lembap lembap gituu. Bersinar(ecehh!) gitu. Makin lembut sekarang bibir iols! 

Untuk pelembap yang ni kita pakai 2 kali sehari, pagi and sebelum tidur. Tapi kadang-kadang kalau tengok bibir tuh dah mula kering kita akan letak jugaklah. Sekarang ni tak ada lah jealous tengok bibir orang lain lagi dah sebab bibir kita pun dah cun dah. Hiks! 

Oh, by the way, nama produk ni - Petroleum Jelly! :) Ada jual kat farmasi :)

Sedih tau dalam 3 beradik, kita lah paling bermasalah tang bibir. Asyik kering. Sedih gila! Lepas pakai pelembap bibir yang ni, baru lah bersemangat nak beli lipstick! Kalau tak rasa insecure betul! Hehe Okaylah tuh sekian sahaja post saya harini. Nanti kita update benda best lagi, tau. Hiks

Love,
FatinaMdzfr

2 comments

  1. petroleum jelly. Okay noted!

    ReplyDelete
  2. adoi fatin lupa pulak nak tulis nama produk..sorry :( haah petroleum jelly! hee :)

    ReplyDelete