Kos Retail Management? Apa tu?

Hi,





Ada tak yang confuse masa nak pilih course apa waktu Degree? Lagi-lagi untuk pelajar yang mahu mengambil course Business. Antara major course Business adalah:-
  • Business Economic
  • Finance
  • Insurance
  • Islamic Banking
  • International Business
  • Entrepreneurship
  • Operation Management
  • Human Resource
  • Marketing
  • Retail Management
Ada lagi tak course yang Fatin tertinggal eh? Kalau ada, bagilah tahu. So, sewaktu korang tengah khusyuk nak pilih course tuh, mesti korang ternampak course Retail Management, kan? Hah, harini Fatin nak kongsi dengan korang pasal course tuh. Sebab macam ramai yang kurang tahu course apa tuh kan? Betul tak? Jadi, jom Fatin ceritakan serba sedikit tentang kos ni eh :)



kos retail management

Okay apa itu Retail? Bidang Peruncitan? Buka kedai runcit ke? Masa, Fatin memula masuk kos ni dulu ramai sangat orang cakap, "eeii, kos apa kau masuk tuh? Peruncitan? Kau keluar buka kedai runcit ke?" Typical annoying people yang akan cakap macam tuh. Marah memang marah. Tapi buat apa nak lawan dorang cakap sebab bagi Fatin, biar lantak kau lah nak kata apa. Yang penting aku nak belajar, aku nak cari ilmu, betul tak?

Okay balik pada, apa itu Retail. Retail Management ni adalah dimana kita akan manage the whole retails process from raw materials to the final product which will be selling to the consumers. Yang mana, Retail ni adalah satu skop pekerjaan yang sangat meluas untuk kita. Antara pekerjaan yang di offer untuk kita adalah Merchandisers, Procurement Executive, Store Executives dan banyak lagi lah.
Menarik, kan?

Dari segi, subjects yang di pelajar perlu ambil adalah:-
  • Retail Concept
  • Understanding Shoppers
  • Retail Entrepreneurship
  • Visual Merchandising
Hah, ni lah antara subjek yang korang akan ambil. Kita tak letak semua subjek tau, kalau bagitahu semua tak syok lah kan, tak surprise lah nanti hehe By the way, yang ni kalau korang masuk UiTM lah. Kalau universiti lain kita tak sure hee :)

Bila korang masuk kos ni, ada macam-macam perkara yang menarik yang korang akan buat. Contohnya, untuk subjek Retail Entrepreneurship kan, korang akan diagihkan dalam 1 group untuk membuat aktiviti menjual sepanjang 1 semester tuh lah, seminggu sekali sahaja dari pagi sampai petang. Usually, kena buka gerai makanan. Macam Fatin dulu, kita orang jual nasi kerabu, popia basah, rojak. Ikut koranglah nak jual apa. :) Tapi memang seronok. Sangat seronok dapat pengalaman macam tuh.

So, sekarang korang dah boleh nampak tak tentang kos ni? Agak-agak ada terpikat tak nak ambil kos ni? Fatin harap post ni bermanfaat untuk korang semua tau! Apa-apa boleh je tanya Fatin. Jangan malu-malu, jangan segan nak bertanya tau! Selamat belajar!


Love,
FatinaMdzfr





5 comments

  1. Hi! saya pelajar spm tahun ni dan masih research utk amik course apa, boleh saya tahu kelayakan untuk amik course ni? boleh share jugak subject2 dalam course ni selain yg dinyatakan? (i really want to know) hehe, terima kasih!

    ReplyDelete
  2. Hi Aisyah!

    Kalau untuk kat UiTM kos retail ni dia offer utk pelajar degree sahaja. Utk pelajar lepas SPM kelayakan utk masuk UiTM awak perlu dpt 3 kepujian termasuk BM, Math & English. Kelayakan ni bila Aisyah apply utk Diploma in Business Studies.

    Lepas habis Diploma, Aisyah minat nak ambil retail minimum CGPA 2.50 dan MUET band 2.

    Aisyah, boleh DM saya di IG lah @amazingdistance67 senang sikit kalau Aisyah nak tanya apa2. Insya Allah saya boleh tolong :)

    All the best in your SPM!

    ReplyDelete
  3. Alright noted, thank you so much!!

    ReplyDelete
  4. Nak tanya, kos ni banyak guna duit tak?

    ReplyDelete
  5. masa tahun saya lah kan, semester 5 banyak guna duit jugak lah. sebab ada trip. I'm not sure how it works now

    ReplyDelete