Since, result UPU dah keluar ni, rasa macam nak kongsi lah pengalaman Fatin waktu belajar dekat Universiti dulu. Nak tau tak? Nak tak? Fatin nak cerita ni? Hah! kihkihkih Bukan apa, mungkin dengan post ni Fatin mungkin boleh beri sedikit bagaimana kehidupan di Universiti ni. Tak mau lah cakap introduction panjang-panjang ni. Jom Fatin cerita. By the way, post entri kali ni agak panjang tau! :D
26 June 2009
Ingat lagi tau tarikh masuk belajar. Bukan apa biasalah teruja nak masuk alam universiti kan. Tapi tarikh tuh bukan masuk belajar lagi tapi adalah tarikh pendaftaran, nak tau dapat kolej/hostel apa serta program orientation. Gitu haaa. Mesti korang tertanya Fatin masuk mana kan? Fatin dapat Universiti Teknologi Mara di Alor Gajah atau Lendu atau lebih dikenali sebagai UiTM London..gitu kau! Dapat kos Diploma Pengurusan Perniagaan (DBS). Ada siapa dapat kat sini? atau sesiapa yang sedang belajar disini?
*Credit: UiTM Melaka
Nak cerita ni, hari pertama orientasi atau lebih dikenali sebagai Minggu Destini Siswa Siswi. Fuhh. Masa Fatin masuk sini, roommate Fatin cakap tak boleh bawak phone. Kita ni punya lah lurus bendul, bagi lah phone kat parents. Sekali rupanya boleh bawak. Haih Sabar jelah. Sebenarnya, ni lah pertama kali Fatin duduk berjauhan dengan keluargan dan pertama kali duduk asrama. Malam hari pertama tuh, masa tidur merengek lah of course! hahaha Budak manja menggedik lah katakan. Memalukan sungguh perangai kita ni hahaha Masa MDS ni fuhh memang tak cukup tidur. Habis program pukul 12 malam, nak dekat 5 pagi dah kena kejut untuk ke masjid. Untuk seminggu rutin yang sama tapi kan beli teringat balik itulah memori yang sangat indah untuk dikenang. Dapat jumpa ramai kawan baru, tengok kawan sekolah pun ada jugak.
So far, belajar kat UiTM Lendu ni sangat lah menyeronokkan. Memang kat sini kita mengakulah, hujung minggu je keluar bandar lah tapi akan balik before pukul 12 malam sebab lepas 12 malam memang tak boleh masuk. Tapi kadang-kadang terlajak jugak. Makanya, overnight lah kat luar. Lepaklah mana-mana, kedai mamak ke, mcdonald ke kan. Memang satu Melaka kita ronda, hilangkan stress kononnya! Zaman kenakalan kita kat situ lah. Sebelum hujung minggu je terus call kereta sewa, nak sewa dulu takut karang ramai sewa, memang tak ada chance lah nak keluar terperap lah kat kolej.
Oh ye, kolej Fatin kat UiTM Lendu, namanya Kolej Tun Kudu! Antara kolej yang best untuk Fatin lah. Selama 3 semester kat situ, Alhamdulillah dapat bilik level paling bawah sekali. Level 10, bilik kat situ nombor 1007! Ingat tau sampai sekarang. =) Duduk kolej ni banyak aktiviti kena masuk supaya tak ada masalah untuk apply untuk semester seterusnya. Kira ada point untuk masuk aktivitinya lah. Antara aktiviti paling best kan ialah Cheerleader Competition antara semua kolej-kolej di UiTM Lendu! Memang havoc lah! Untuk kolej lelaki dorang buat competition Hakka! Fuh, terbaik weh.
Untuk kelas-kelas yang Fatin masuk sepanjang 3 semester Fatin belajar kat sini, semua lecturernya memang best! Untuk course Fatin, nama kelab kitaorang ialah De'Best, kalau tak silap lah, tak ingat sangat ni. Belajar memanglah stress tapi make sure kena rasa gembira lah. Bila gembira belajar, gembira dengan environment semuanya akan rasa gembira, insha Allah.
Nak tunjuk gambar yang Fatin ambil dulu-dulu tapi external drive Fatin dah corrupt. Sedih semua gambar kenangan kat Lendu hilang macam tuh je :(
Lagi satu, kat sini kan terkenal dengan jambatan gantung. Jambatan tuh betul terletak dekat tengah-tengah tasik diantara kolej dengan bangunan kelas dan library. Memang bergoyang lah jambatannya. Tasik ni katanya ada macam-macam cerita. Katanya lah. Wallahualam. Kalau kelas malam, kita nak gi kelas jalan sorang-sorang memang laju lah jalan. Sebab bukannya ramai pun kelas malam ni. aduhai memang membebel sorang-sorang hahaha
Masa zaman kitaorang, Pasar setiap hari selasa dengan khamis. Memang ditunggu-tunggu sebab makanan yang dijual memang sedap gila! Paling Fatin suka Nasi Kerabu, Kek Batik, Nasi Tomato, Nasi Berlauk, Bakso. Perghh favourite lah! Uncle yang jual kek batik tu memang cool tau dia jual macam-macam, caramel lah kek lah, semua sedap. Rindunya. Sekarang tak tahu lah sebab semua dah lain kan. :)
Fatin kat UiTM Lendu pun sekejap sahaja. Hanya 3 semester sahaja. Semester 4 Fatin sambung degree. Fatin ambil Fast-Track programme. :)
Itu jelah pengalaman yang indah Fatin di Lendu. Sekarang ni ada banyak kolej-kolej baru. Cantik gila pulak tu. Untung korang! hehe
Jadi, pada adik-adik yang dapat sambung belajar di UiTM Lendu atau dimana-mana Universiti pun, enjoy lah zaman Universiti korang. Bila dah kerja, confirm rindu belajar. Macam Fatin sekarang. Apa-apa pun selamat mengharungi zaman belajar dan selamat maju jaya!
Love,
FatinaMdzfr
salam uitm dihatiku :) ain uitm pulau pinang kampus bukit mertajam hehe
ReplyDeletesalam uitm dihatiku! wahh skrg masih kat situ ke? :D
Deletepergh ambik fast track tu....hebat ar fatin!
ReplyDeletetulah bila ingat balik zaman ritu...macam2 perasaan ada...
:)
biasa-biasalah sofie. segan Fatin, tercungap-cungap jugak buat degree haha :p
Deletekann rindu pulak zaman tuh =)
what a great entry!! next week nk dftar uitm ni :)
ReplyDeletethank you! all the best belajar kat uitm and have fun! :D
Deletesaya rindu zaman universiti HAha! uitm di hatikuuuu dlu saya dkt Uitm perak & shah alam
ReplyDeletesaya pun rindu! hehe wahh uitm shah alam jugak? yay geng :D
DeleteNak salam uitm dihatiku jugaklah even just 1 year je kt uitm for foundation... Hehehhe
ReplyDeletehehe Salam uitm dihatiku Zeti yang comel! :D
Delete