OctoCreepy #3 | Siapa Berada Di Tingkap?

Hai semua,




Kalau ada yang pernah ingat pernah terbaca 2 post saya dalam bulan Oktober 2017 iaitu OctoCreepy #1 dan OctoCreppy #2, jikalau belum baca belum ke tekan link yang saya sertakan :) Maaf kerana saya berhenti bercerita tentang kisah tersebut, ikutkan memang banyak nak dicerita tetapi atas sebab-sebab tertentu saya berhenti menyambung cerita tersebut. Tapi jangan khuatir, harini saya nak sambung tentang satu kejadian yang baru berlaku pada saya.

p/s: Walaupun ni bukan bulan Oktober tapi disebabkan saya sudah menggunakan OctoCreepy di artikel sebelum ini, jadi saya sambung sahaja lah, okay?

Jom ikut kisah saya

Bunyi Ketukan Di Tingkap

Dalam awal tahun ni, saya diganggu 'sesuatu' yang sehingga sekarang masih segar dalam ingatan bagaimana suara dia begitu jelas didengari. Sangatlah jelas. Okay. Cerita dia sangat ringkas sebab dia berlaku dengan cepat, macam ni ceritanya;

Malam tu saya tidur macam biasa nak dekat pukul 12 malam baru boleh lelap mata. Bila lelap ni memang nak dekat pukul 6 pagi baru saya bangun tapi malam tu agak rasa lain sedikit, nak cakap lain macam mana pun tak tau nak kata tapi yang pasti bilik saya atau saya sendiri yang rasa panas sebabnya dah pasang penghawa dingin tak logik pulak kata panas bila memang dah sejuk beku bilik ni kan.

Jadinya, dalam lebih kurang 3 lebih pagi macam tu saya tersedar sebab rasa panas. Pelik sangat padahal adik saya berselubung dengan selimut sebab sejuk saya pulak rasa panaskan. Makanya, berpusing lah saya ke kiri ke kanan sampai lah tiba-tiba bunyi ketukan di tingkap bilik. Cerita dia saya di tidur ditingkat atas kot (rumah 2 tingkat) tapi saya tak ambil peduli lah mungkin bunyi angin (ye memang tak logik kan tapi nak sedapkan hati dah lah terjaga pulak bila semua orang tidur), ketukan dia tu menggunakan kuku - cuba korang semua ketuk guna kuku (guna 1 jari jela tau) ditingkap korang macm tu lah saya dengar bunyinya dan ketukan tu agak lama sampai lah entiti tu putus asa dia keluarkan suara, suara dia betul-betul ditepi telinga saya sebab itu ianya sangatlah segar intonasi, kelunakan suaranya digendang telinga saya.

Apa entiti tuh berkata pada saya? Begini, "Assalamualaikummmmm~~ (panjang ye dibelakangnya). Buka lah tingkap ni. Bagi kami masuk~~" 

Haa itulah ayatnya yang disebutkan pada saya. Sehingga sekarang masih terngiang-ngiang di telinga. Meremang bulu roma saya. Adakah saya lari atau jerit? Jawapannya, tidak. Saya seakan kaku, nak lari tapi rasa berat nak bangun, nak panggil adik rasa suara tak terkeluar. Makanya, saya hanya menarik selimut selubung satu badan sehingga berpeluh dibuatnya dan ketukan itu masih ada tapi saya buat-buat tak dengar sehinggalh saya tertidur. Jam berapa saya tertidur saya tak tau.

Saya sesungguhnya sangatlah hairan, siapa kami? Apa dia nak? Sehinggalah seminggu lepas tu, saya sibuk scroll Facebook dan terjumpa satu artikel/cerita yang hampir sama dengan saya cuma individu tersebut lebih berani daripada saya yang mana beliau membuka tingkap tersebut dan bercakap dengan entiti itu. Selepas membaca artikel itu, saya bersyukur saya tidak membuka tingkap itu. Kalau tidak saya sendiri tidak tahu apa akan berlaku.

Begitulah ceritanya.

Tapi sejujurnya, bunyi ketukan ditingkap ini bukanlah kali pertama saya mengalaminya cuma dirumah yang baru diduduki ini yang pertama kali terjadi. Sebelum ni, duduk di kondominium hampi 10 tahun di tingkat 12 memang banyak kali dengar ketukan ditingkap cuma waktu entiti tersebut ketuk tanpa keluarkan suara lah.


2 comments

  1. seramnyaa.

    tapi mmg betul kalau kita alami sendiri, memang kaku. nak lari pun takde tenaga

    ReplyDelete