[Book Review] Blog Twit Tour: Sumpah oleh Shaz Johar




Tajuk: Sumpah
Penulis: Shaz Johar
Penerbit: Buku Fixi
Sumber: Thank you Untitled Book Club and Buku Fixi for organizing Blog Twit Tour: Sumpah by Shaz Johar.
Rating: 4.5

Sinopsis

Kerana desakan hidup, Lela Palatute yang baru berusia 12 tahun telah dikahwinkan dengan seorang lelaki yang jauh lebih tua oleh ibunya sendiri. Dia kemudian terpaksa menjalani kehidupan sebagai seorang isteri dalam sebuah banglo mewah yang diwarisi suaminya, jauh dari kehidupan lamanya sebagai remaja yang masih bersekolah.
Semasa menerokai banglo itu dan kawasan sekitarnya, dia telah bertemu seorang wanita tua yang mahu membunuhnya serta makhluk misteri di dalam loteng yang sering mengikutnya ke mana-mana. Enggan terus hidup diselubungi misteri, Lela merancang cara untuk kembali kepada kehidupan asalnya dan keluar daripada malapetaka yang sedang berlaku



*Review kali ni aku akan mengunakan kata ganti nama diri 'aku' supaya lebih selesa gitu. Aku cakap awal-awal ye. Reviu aku berkemungkinan ada spoiler. Kot.

Aku rasa macam sudah lama tak berkongsi review untuk buku buku lokal. Dulu memang aku suka sangat baca buku buku Fixi ni tau tapi lepas tu berhenti kejap. Tak ada alasan nak bagi cuma aku berhenti sekejap dan beralih arah kepada pembacaan yang lain. TAPI. Kali ni aku rasa nak baca buku Fixi kembali jadinya, bila aku nampak Untitled Book Club buka peluang untuk join mereviu buku Fixi terus aku sign up. So, here we are. I'm back into reading Buku Fixi.

Okay cukup. Panjang bebelan aku kan. Sekarang kita terus kepada apa yang aku nak kongsi tentang buku Sumpah oleh Shaz Johar ni. 

Jujur ye. Ini kali pertama aku baca buku tulisan Shaz Johar dan ternyata aku terpikat dengan cara penulisannya. Sebab cara penulisannya sangat misteri aku tak boleh nak teka apa yang akan jadi. Cerita dia macam pelik tapi dalam masa yang sama sangat interesting yang nak buat kau gali apa yang jadi seterusnya cuma tak boleh elak rasa pening sikit cerita dia. Kau kena fokus untuk faham.

Kisahnya tentang Lela berumur 12 tahun yang sudah kehilangannya ayahnya dan dia tinggal bersama ibunya. Atas kekangan hidup yang mereka hadapi Lela dan ibunya terpaksa keluar dari rumah mereka dan terpaksa berjalan sehinggalah sesuatu yang terjadi menyebabkan mereka dua tinggal dirumah Pak Hadir. Dimana Pak Hadir ni dah lah umur dia jauh lebih tua dari mak Lela dah tu dia yang berkahwin dengan Lela. Okay. Bayangkan lah weh. Umur Lela baru 12 tahun. Budak kecik lagi. Apa yang budak umur 12 tahun tahu tentang alam perkahwinan ni? Mungkin zaman dulu-dulu kahwin muda macam nenek aku kan umur 16 dah kahwin. Tapi still child marriage should NOT terjadi. Just a big NO!

Dan aku bagitahu awal awal ni ada benda yang cukup menggelikan. Sakitnya hati aku weh dan geli. Sumpah macam erghhhh geram gila. Selepas je Lela kahwin dengan Pak Hadir bermula sesuatu misteri yang akan berlaku. Nak tau? Kena lah baca.

Jalan cerita memang menarik , tak membosankan. Aku tak tau nak expect apa masa aku baca. Yang aku tahu aku rasa geram (dan geli) bila Lela kena kahwin dengan si Pak Hadir tu, lepas tu macam benda magis berlako contohnya bila Lela boleh bercakap dengan kucing. Best jugak dapat cakap dengan kucing yang boleh bagi respon berkata-kata. Dalam masa yang sama cerita ni akan menimbulkan rasa pelik pada pembaca. So, apa benda Sumpah nya kan? Di pertengahan cerita kau akan jumpa dua watak yang pelik yang terkena Sumpahan. Siapa, apa penyebabnya dan bagaimana? Itu korang kena baca buku Sumpah ni lah. 

Bila nak hampir penghujung tu aku macam 'OHHHHHHH!' Haa gitu lah reaksi aku. Keseluruhannya, aku puas hati dengan ending dia. Twist dia memang power weh. Serious. Ramai jugak yang kata cerita ni bergenre seram tapi aku tak rasa seram lebih kepada aku geram nak tahu apa. Gitu kau. Tapi memang Sumpah menarik cerita ni!

Nak baca Sumpah? Boleh dapatkan dekat kedai buku yang berdekatan ataupun dekat kedai Buku Fixi (online pun boleh tau!). 

Jangan lupa untuk visit reviewer yang seterusnya oleh Jessica pada hari esok.

Boleh juga untuk ke blog/Instagram oleh mereka yang sudah review sebelum aku. Do check out their blog/Instagram below 👇


3 comments

  1. Ohsem review.. Adoi.. terlepas peluang untuk dapat buku..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih, kak sha 😊 Tak apa nanti ada blog tour macam ni Fatina tag kak sha kat IG okay? 😊😊

    ReplyDelete
  3. fixi mmg menarik selalu

    ReplyDelete