Mesti ramai yang suka makan madu betul tak? Lagi bila kita buat kuih cornflakes madu. Sedapkan? Kegemaran ramai tu. Kali ni Fatina bukan nak bercerita tentang cornflakes madu tetapi nak berkongsi dengan anda semua tentang madu asli kelulut. Pernah tak anda rasa madu asli kelulut sebelum ni? Jujurnya, Fatina tidak pernah rasa. Jadi, ini adalah pertama kali rasa tau dan rasanya memang sedap.
Sebelum berkongsi tentang madu kelulut asli ni, Fatina nak berkongsi tentang Urban Eco-Life Agro Farm yang terletak di Selangor dan juga di Johor. Disini ada banyak aktiviti yang diusahakan seperti Aquaponic system, Microgreen production area, Fiq production area, Graped production area, Nursery, Black Soldier Fly production, dan juga Kelulut & Apis Mellifera production. Pelbagai produk juga telah dihasilkan melalui Urban Eco-Life Agro Farm ini. Salah satunya yang Fatina nak kongsi disini adalah Madu Kelulut Asli.
Madu Kelulut Asli ni ada banyak sangat manfaat dan khasiat untuk kita semua. Diantaranya adalah:
- Membantu meningkat imunisasi badan
- Membantu mengawal paras gula dalam darah
- Membantu mencegah masalah pembuluh darah tersumbat
- Membantu mengelakkan ketumbuhan sel-sel kanser
- Membantu melegakan masalah pernafasan
- Membantu melegakan masalah cirit-birit
- Membantu mengatasi masalah kesukaran tidur
- Membantu meningkatkan kesuburan badan
- Ambil 1 sudu makan 2 kali sehari. Kena guna sudu plastik ye!
600ml - RM 120350ml - RM 65
0 comments