Cinta, Untuk Sekali Lagi by Lila Vee
Publisher: ManesWordWorks
Publication Date: Januari 2022
Genre: Romance
Add to Goodreads
Source: Own
Rating: 5 ★
Blurb
I
Lima tahun. Satu tempoh yang agak lama untuk seseorang ‘move on’ daripada kisah cinta yang pernah bertanda dalam hati. Tapi entah kenapa, sejauh mana Anne Dahlia cuba lari, sekuat mana dia cuba menafikan, cinta itu tetap gagal dipadamkan daripada memori.
“You nampak benteng pasir kat tengah tu? Macam mana kuat pun ombak, macam mana deras arus sungai... dua-dua tak boleh bercantum. Sama macam kita!” - Anne
II
Kata orang, cinta tak semestinya memiliki. Tapi, kata Idlan Zuhairi… sekali cinta itu sudah dimiliki; dia tidak akan beralih arah lagi. Biarpun si dia sudah tidak mahu berjalan seiring dengannya lagi.
“Well, there’s a weird pleasure in loving someone who doesn’t love you back.” - Alan
Bagi kebanyakan kisah cinta, biasanya dimulakan dengan ‘love at the first sight’ dan berakhir dengan ‘happily ever after’. Tapi sayangnya, kisah cinta ‘Anne dan Alan’ ini tidak semudah itu. Lantas, mereka akur memilih jalan yang berbeza untuk mencari erti bahagia sendiri-sendiri/ masing-masing.
Tapi, bagaimana jika jalan yang dipilih itu, membawa mereka ke penghujung yang sama? Dapatkah mereka menerima cinta, untuk sekali lagi?
***
Cinta, untuk Sekali lagi memperlihatkan kematangan Lila Vee dalam membina plot, latar dan 'menghidupkan' watak Anne dan Alan. Tahniah, Lila Vee! - Noor Suraya, editor

Ulasan
“𝙏𝙝𝙚 𝙗𝙖𝙣𝙠 𝙞𝙨 𝙩𝙝𝙚 𝙡𝙤𝙫𝙚. 𝙄𝙩’𝙨 𝙩𝙝𝙚𝙧𝙚…𝙖𝙣𝙙 𝙖𝙡𝙬𝙖𝙮𝙨 𝙩𝙝𝙚𝙧𝙚, 𝙪𝙣𝙞𝙩𝙞𝙣𝙜 𝙩𝙝𝙚 𝙧𝙞𝙫𝙚𝙧 𝙖𝙣𝙙 𝙨𝙚𝙖. 𝙅𝙪𝙨𝙩 𝙡𝙞𝙠𝙚 𝙮𝙤𝙪 𝙖𝙣𝙙 𝙢𝙚.”
Pertama kali aku
nampak buku ni dikongsi 2 bulan sebelum PBAKL berlangsung. Aku cukup
tertarik dengan kulit buku yang cukup menarik dimataku kemudian dengan
pantas aku ke Goodreads untuk membaca sinopisnya dan aku tahu aku harus
memilikinya.
Orang kata, bila pertama kali hubungan itu roboh ke tanah yang membuatkan hati kita terluka adalah lebih baik kita menjarakkan diri dari memberinya peluang lagi. Akan tetapi, Cinta, untuk Sekali Lagi ini menengahkan tentang satu hubungan itu wajar diberi peluang kedua.
Melangkah masuk ke penceritaan ini, penulis membuatkan kita tertanya tanya apa yang jadi antara Dahlia dengan Idlan. Kenapa sampai mereka menoktahkan perkahwinan mereka?
Mulut berkata tidak tapi hati mulai tersenyum dengan kehadiran dia. Untuk bersama bukan mudah banyak hati perlu difikir. Apa yang terjadi antara Dahlia dan Idlan adalah satu konflik yang agak rumit. Kerana ianya, bukan hanya satu konflik percintaan tetapi konflik campur tangan keluarga.
Suka dengan watak watak didalam cerita ini. Jalan ceritanya yang menarik, senang untuk difahami dan membuat pembaca tersenyum, ketawa, sedih dan terkejut dengan apa yang terjadi.
Sejujurnya, dah lama aku tak baca novel cinta melayu dan ini adalah yang pertama setelah beberapa tahun tinggalkan dunia itu, kini aku kembali. Aku berani cakap ini adalah novel cinta yang cukup manis. Aku akan terus menunggu novel seterusnya dari penulis ini dan akan 𝘴𝘶𝘱𝘱𝘰𝘳𝘵 terbitan @maneswordworks 🌟

Lama dah tak baca novel cinta melayu juga. Last saya baca masa zaman sekolah menengah. Novel ni memang viral betul dekat tiktok dan everywhere waktu pesta buku haritu
ReplyDeleteTu lah lama sangat tak baca tapi yang ni betul memikat hati. seronok baca. tu lah pasal bila viral bukunya dah habis stok. nak kena tunggu pihak publisher masukkan stok baru
ReplyDelete