Assalamualaikum,
Seperti yang kalian ketahui Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 sedang berlangsung dari 3 Jun 2022 sehingga 12 Jun 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Sebanyak 200 penerbit buku tempatan dan antarabangsa berada di PBAKL.
Fatina pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada 3 Jun 2022. Pada hari pertama pembukaan pesta buku tersebut. Bukan apa bila pergi awal ni Fatina nak elakkan dari orang ramai yang akan datang pada hujung minggu.
I, honestly wanted to browse all the publisher stall with ease and who knows I could meet bookish friends at the event. I did actually one amazing bookish friend that I have been wanted to meet for so long. Yay! So happy to meet Afi from @whatafireads. If you follow her on instagram then you will know how her positive energy sparkle so much! Love her energy!
Seronok sangat berada pesta buku setelah hampir 2 tahun tiada pesta buku yang sebegini besar diadakan. Jujurnya. Perasaan berada di WTCKL hari itu sangatlah menggembirakan hati ni. Banyak sangat buku-buku menarik dan hanya menunggu kalian untuk membeli dan membawanya pulang sahaja.
Fatina tak beli banyak sebab banyak sangat buku yang belum habis dibaca lagi. Dengan sebab itu, Fatina perlu menahan diri daripada membeli lebih daripada yang sepatutnya. Jom tengok buku apa yang Fatina beli:
1. Manes WordWorks
Pertama kali nampak kehadiran penerbit ini melalui Instagram. Tak ingat dari siapa tapi hati terpaut melihat kulit buku ni. Hajat dalam hati untuk memilikinya. Alhamdulillah sudah pun dapat. InshaAllah dimasa akan datang akan aku beli novel dibawah penerbit ini.
Fatina dah pun baca Cinta, Untuk Sekali Lagi karya Lila Vee. Boleh baca ulasan penuh disini: @amazingdistance67
2. Prolog Media
I'm Yours karya Anna Lee.
Novel pertama yang fatina beli dibawah penerbit Prolog Media adalah penulis Anna Lee. Penceritaan, penulisan beliau memang memikat dihati. Bila nampak beliau keluarkan novel ni, laju letak dalam wishlist untuk membelinya. InshaAllah dah habis baca nanti aku kongsikan ulasannya disini dan Instagram aku.
3. Buku Fixi
- Kelabu 2 ditulis oleh Nadia Khan
- Tragedi ditulis oleh Ismi Fa Ismail
- Unbox ditulis oleh Ariff Adly
Buku Fixi ni aku mula baca pada tahun 2014. Ingat lagi waktu tertanya tanya sangat jalan cerita novel ni macam mana kan. Novel pertama sekali beli adalah karya Nadia Khan iaitu Kelabu kemudian Licik ditulis oleh Julia Anne dan Sham Hashim. Tahu tahu sahaja dah banyak koleksi Buku Fixi. Memang best tapi kena fahamlah dan dahpun diletakkan di kulit buku "untuk pembaca matang".
2 novel yang sangat ditunggu tunggukan adalah novel daripada Ariff Adly dan Nadia Khan. Kedua dua ini memang favourite author. Karya Ismi Fa Ismail adalah buku yang pertama aku beli. Ketiga tiga buku belum lagi aku baca tapi aku nampak banyak good review untuk ketiga novel ini. Tak sabar nak baca dan kongsi dengan korang!
Ini sahaja yang aku beli di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur tempoh hari. Tak banyak tapi cukup buat aku bahagia dengan buku yang aku beli.
Jumpa korang dalam post yang seterusnya.
Fatina xx
Berapa banyak buku yang korang beli di PBAKL tempoh hari? Korang dah baca ke belum buku yang dibeli tuh? :)
0 comments