Baphomet oleh Khairul Nizam Khairani
Penerbit X
4.7⭐
Resensi
Setelah berapa lama tak membaca novel melayu thriller dan kini, saya terpengaruh untuk membacanya. Pembacaan Kru Paranomal ini tidak langsung mengecewakan!
Jujurnya, saya terpikat sangat untuk membaca buku ni selepas terlihat posting daripada @ikashoid dan benar saat saya melangkah masuk ke buku pertama dalam kru paranomal: Baphomet, ia telah buat diri saya terpukau untuk meneruskan pembacaan saya.
Secara ringkasnya, 3 sahabat iaitu Imtiaz, Zamir dan Huba merupakan sahabat baik yang kendalikan saluran Youtube mereka sendiri yang menyiarkan tentang misteri dan paranormal. Satu hari, saat Imtiaz menghantar Zamir di feri. Tanpa sengaja beliau merakam seorang penuda panjat bumbung feri dan disamping beliau ada satu bayangan manusia berkepala kambing.
Pada mulanya, saya ingatkan ianya bergenre kan seram tapi tidak ia lebih kepada misteri dan penyiasatan. Saya suka dengan jalan cerita yang ditulis oleh penulis ni kerana membuatkan saya tertanya tanya banyak perkara. Cuma saya agak kecewa sedikit bila manusia berkepala kambing itu hanya seperti bayangan sahaja dalam penceritaan tidak terlalu mendalam tentangnya.
Walaubagaimanapun, plotnya sangat tidak dapat dijangka ye. Bagaikan tak percaya tapinitu lah yang berlaku. That plot twist was not what I had in my mind. Kudos kepada penulis!
Diakhir cerita seperti tergantung tapi mujur saya dah beli siap siap buku seterusnya! Jalan cerita yang menarik, membuatkan saya saspens ketika membaca dan kejutan yang membuatkan kita seperti tidak percaya. Highly recommended!

Tunggu resensi buku saya yang seterusnya untuk siri Kru Paranormal ini!
0 comments