Apa Ada Dalam Kos Retail Management?

Hi,

retail management


Dalam sebulan ni dalam keywords blog Fatina nampaknya pencarian tentang kos Retail Management sangatlah tinggi. Mungkinkah sudah ramai tertarik untuk mengikuti pengajian dalam kos Retail Management? Untuk penerangan secara ringkasnya, Fatina sudah cerita di dalam post yang ini - Kos Retail Management? Apa tu?

Okay. Kos Retail Management adalah satu kos yang sangat menarik kira sangat jarang didengari oleh kita semua. Yelah, kebanyakan kalau kita tanya degree sambung apa? Finance, Economic dan lain-lain. Fatina sendiri pun tidak tahu sangat tentang kos ni sebelum Fatina menjejakkan diri ke dalam kos Retail Management. Jadi, nak cakap minat tu tidak lah sebab tak tahu kan lagipun masa tu difikiran Fatina nak sesuatu kelainan yang mana Retail Management berjaya menawan hati Fatina dan lebih lagi kos tu dekat Shah Alam sahaja. hehe

Jadi, harini rasa nak kongsi dengan korang semua serba sedikit apa yang Fatina belajar dalam kos Retail Management. Apa yang menarik sangat kos ni? Apa yang ada dalam kos Retail Management ni?

➡ Berpeluang untuk training di kedai runcit MyMydin di UiTM Shah Alam tapi sekarang kos tersebut sudah berpindah ke UiTM Puncak Alam tak silap Ringgit Mart ke apa namanya (sila betulkan andai saya salah.)

Memang sangat penat, tipulah tak penat. Lagipun training ni ada wajib untuk dibawah subjek Retail Operation. Dalam seminggu 2 kali (ke lebih?) rasanya kena bertugas. Tak pasti sebab dah lama sangat kan. Okay tak de lah lama dalam tahun 2012 kot saya training di MyMydin. Tapi seronok.

➡ Next, ada satu subjek untuk Retail Entrepreneurship yang mana waktu Fatina belajar, setiap hari Selasa, sehari suntuk memang tak ada kelas TAPI itu adalah hari untuk korang membuka gerai kecil, dimana setiap kumpulan pilih lah nak jual apa tapi jual makanan lah kan.

Waktu tu kumpulan Fatina jual Nasi Kerabu, Popia Basah, air Mineral & air Oren. Lepas tu ada lah kumpulan yang jual cheese blueberry tart, nasi berlauk, donut, mee goreng dan macam-macam lagi lah. Memang bestlah.

➡ Ada banyak trip belajar yang kitaorang buat waktu zaman Fatina belajar. Ada trip ke Langkawi melawat kilang gamat, ada trip ke Melaka melawat kilang buat ice cream, ada trip ke Kilang Yakult, ada banyak lagi Fatina tak ingat sangat. Banyak trip maknanya banyak lah report kena buat kan. Haa.

Ada juga buat CSR di Sunway Wildlife Park dan buat beberapa forum.

Semua trip belajar ni mestilah dengan persetujuan semua dan yang paling penting, dengan pensyarah korang dan mestilah berada dalam bajet. Ingat eh, biar semua dapat pergi trip tu dan kenalah ingat, itu adalah trip belajar, okay?

Okay, sekarang kita cerita tentang subjek pulak. Subjek yang Fatina rasa paling susah untuk Fatina bawa pulak adalah subjek Retail Merchandising. Bukan susah apa tapi susah tang pengiraan dia tu. Nak kena betul-betul faham cara macam nak buat pengiraan semua tu dengan teori dia. Aduh, memang pening tapi Alhamdulillah berjaya lepas.

Erm, apa lagi korang nak tau? Selepas habis belajar?

Ramai kawan-kawan Fatina bekerja dalam pelbagai bidang kerja. Ada yang buat bisnes sendiri, ada yang kerja bank, macam-macam lah. Fatina pun ada je kerja luar bidang tapi untuk Fatina sendiri, sejujurnya masih lagi tercari-cari hala tuju karier Fatina but for the time being, I enjoy with my job and with what I'm doing.

Fatina rasa sampai sini dulu untuk bercerita tentang pengalaman belajar didalam kos Retail Management ni. Kalau korang nak tanya apa-apa tentang kos Retail Management, boleh tinggalkan diruang komen dibawah. Nanti Fatina akan jawab ye.



0 comments