Batara Guru oleh Lokman Hakim
Penerbit X
4.3⭐
Resensi
Melangkah masuk ke dalam penceritaan ni terus membuatkan perasaan ingin tahu membuak buak sangat. Apa sebenarnya yang terjadi ni? Kenapa mereka diserang? Siapa Toh Rimpun Alam yang membunuh orang orang beriman ni. Bab 1 sudahpun memberikan terlalu banyak persoalan bermain difikiran. Saya suka dengan banyak persoalan yang bertubi tubi ni sebab ia membuatkan cerita ni lebih menarik dan sedikit pun tidak boleh kita leka.
"Perkataan 'bernyawa' dan 'entiti' itu tidak tepat untuk menggambarkan Kegelapan. Ia sesuatu yang...lain."
Berlaku pada tahun kedepan iaitu tahun 2311 dimana manusia telah dipisahkan kepada 2 golongan iaitu penguni kota langit dan penghuni puing. Yang mana penghuni puing hidup dalam ketakutan dan beraja kan para dewa. Nak turun ke puing ni ada lif spesial yang di jaga oleh siborg dan ada askar Dzolem berlegar di puing dan mereka harus membayar upah. Sejujurnya untuk membayangkan hidup dipuing sangat menakutkan. Manakala di kota langit merajai kekayaan dan mempunyai pacuan kenderaan terbang. Tapi disinilah kita dapat melihat, ada yang mereka sanggup buat apa sahaja untuk meneruskan kehidupan walaupun melanggar akidah mereka.
Ezani dan Chaira ini mempunyai misi dan hasrat yang besar untuk menamatkan segala manipulasi entiti ghaib yang berlaku pada umat manusia. Mereka berdua merupakan kasyaf yang mana mereka boleh melihat sesuatu yang orang lain tidak boleh. Perjalanan yang penuh onak dan duri serta sangat rumit buat Ezani. Meskipun begitu, Ezani berpegang teguh pada Allah SWT.
Tempo penceritaannya yang cukup cantik. Tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. Mudah diikuti cerita walaupun ada timbul kekeliruan akan tetapi masih mudah dibaca dan ikut penceritaannya. Dengan ada unsur sihir, bangkitnya dewa dewa purba membuatkan jalan ceritanya yang penuh debaran, persoalan, plot cerita yang tidak dijangka langsung. Cukup rencahnya tapi saya perlukan jawapan kepada persoalan seperti apa identiti Ezani sebenarnya. Banyak misteri yang perlu dirungkai. Tak sabar nak sambung siri yang seterusnya!
Terima kasih Penerbit X untuk nashkah buku ini. :)
0 comments