Read With Me #15: Sang Ghaib (Kronikel Dewata III) oleh Lokman Hakim

 

Sang Ghaib (Kronikel Dewata III) oleh Lokman Hakim

Sang Ghaib oleh Lokman Hakim
Kroknikel Dewata III
Penerbit X
4.8⭐

Resensi

"Pengkhabaran kelahiran anak yang dinanti dunia ghaib sudah berlegaran dalam kalangan pengamal ilmu hitam sepertinya."

Untuk siri yang ketiga ini membawa kita pada awal waktu iaitu pada tahun 2272 - kelahiran Ezani. Apabila berita ni tersebar, ramai yang sudah menunggu dengan motif dan agenda masing masing. Lebih lebih lagi, Sang Ghaib yang mahu menghapuskan dan Cokroatmojo yang mahu mencari perumah untuk Batara Guru agak boleh lahir semula. Dalam siri ini juga, kita dapat tahu tentang siapa Tok Baki yang sebenarnya. 

Apabila semua tak senang duduk, satu persatu perkara besar terjadi. Apa saja cara pengamal ilmu hitam ini sanggup guna agar dapat apa yang mereka mahukan walaupun mengorbankan orang orang awam yang tidak bersalah. Kali ini aksinya agak menggerunkan apabila ayah Ezani bertukar menjadi harimau dan menyerang orang ramai. Perlawanan Tok Baki juga yang hebat mencuba mematikan setiap langkah Cokroatmojo. Bukan mudah tapi dengan izin Allah swt, inshaAllah semua akan berhasil.

"Takdir  itu sifatnya berubah-ubah dan hanya Allah swt yang tahu percaturannya."

Disini jugak menjawab persoalan tentang latar belakang keluarga Ezani. Baru lah saya faham kenapa Ezani boleh mewarisinya. Semuanya bersangkut paut dan kita menunggu untuk setiapnya dileraikan. Aksi yang cukup mantap dengan kemunculan Bunian Dika yang menghulurkan bantuan untuk melindungi si kecil Ezani manakala Bunian Kurita yang boleh merubah bentuk menyamar menjadi seorang manusia dengan agenda jahatnya.

Cerita yang cukup mengujakan, geram dengan mereka yang punya hasrat jahat dan yang penting menjawab persoalan yang bermain difikiran daripada siri yang pertama dan kedua. Suka dengan siri yang ini kerana aluran ceritanya agak tenang walaupun cukup padat dengan aksi dan membuat kita tidak tenteram tapi ia sangat tenang untuk diikuti penceritaanya. Sekarang saya tertanya tanya sudah untuk siri seterusnya - Mahasiku.  

Terima kasih Penerbit X untuk nashkah ini!

Sang Ghaib (Kronikel Dewata III) oleh Lokman Hakim


0 comments